Tuesday 15 May 2012

Hiburan Itu Fitrah


Inginkan hiburan adalah fitrah semulajadi manusia
Kerana ia adalah makanan batin manusia untuk kebahagiaannya
Tidak ada hiburan batin manusia kelaparan dan terasa kekosongan
Tidak ada hiburan jangka panjang amatlah bahayanya
Tapi kalau salah cara berhibur ia lebih lagi merbahaya
Boleh rosak jiwa, buahnya merosakkan pula akhlak diri dan manusia lainnya
Jika rosak akhlak ia pula rosak merosakkan pula sesama manusia
Kalau sudah rosak merosakkan akhlak masyarakat manusia akan jadi huru-hara
Oleh itu berhati-hatilah mencari hiburan agar kehidupan manusia dapat dijaga dengan mulianya
Kalau tidak manusia yang akan menerima padahnya
Hiburan ertinya hendak mencari kepuasan batin manusia
Samada kepuasan akal, kepuasan nafsu mahupun kepuasan roh atau jiwanya
Tuhan hanya membenarkan mencari kepuasan akal dan kepuasan jiwanya
Kepuasan nafsu walaupun ia hiburan tapi diharamkan kerana bahayanya
Kecuali hiburan nafsu didisiplinkan oleh syariat Tuhan di dalam kehidupannya
Hiburan akal adalah mencari ilmu melalui membaca, menyelidik dan lain-lainnya
Samada ilmu yang wajib mahupun ilmu yang sunat, yang diharuskan dibolehkan juga
Berhibur dengan ilmu boleh jemu dan boleh meletihkan akal manusia
Hiburannya yang berterusan selepas ada ilmu ia boleh menjadi panduan di dalam kehidupan
Panduan itu adalah juga hiburan di dalam kehidupan manusia
Kerana ia boleh menyenangkan kita di dalam berusaha dan tindakan bekerja
Hiburan menurut akal walaupun termasuk kepuasan batin manusia
Tapi ia masih belum dikatakan hiburan yang hakiki mengikut Tuhan pencipta
Hiburan cara akal walaupun dibolehkan
Hiburan akal tidak mampu membendung hati daripada mendapat ujian dan kesusahan di dalam kehidupan
Kalau ada bala berat yang menimpa, cita-cita yang gagal, mendapat kesusahan selalu sahaja jiwa derita
Dia akan gelisah, kecewa mungkin putus asa
Tidak hairanlah orang yang banyak ilmu,bijak dan pandai sakit jiwa
Bahkan ada juga di kalangan mereka membunuh diri kerana kecewa
Hiburan mengikut nafsu ia adalah diharamkan kecuali yang disyariatkan
Kerana bahayanya dahsyat di dalam kehidupan insan
Akhlak manusia rosak masyarakat manusia huru-hara menggugat keamanan
Hiburan nafsu amatlah banyaknya
Seperti melihat perempuan atau gambarnya terutama yang terdedah auratnya
Pakaian yang menjolok mata yang merangsang nafsu manusia
Melihat filem-filem lucah yang memberangsang nafsu merosakkan jiwa
Menonton tarian gelek, daripada perempuan-perempuan yang menggoyangkan badannya
Semuanya itu boleh menyuburkan nafsu jahat yang membawa perzinaan dan perogolan
Yang merosakkan keturunan, merosakkan rumahtangga dan membawa pergaduhan
Hiburan mengikut nafsu pada hakikatnya bukan hiburan
Di dalam hiburannya ada racun kepada jiwa manusia
Kerana ia membawa kerisauan, membawa angan-angan, fikiran kacau tidak keruan
Membawa fikiran tidak tenang selagi kemahuan tidak ditunaikannya
Akhirnya tidak dapat cara halal dilakukan secara haram yang dilaknat Tuhan
Ia membawa pula cemburu-mencemburui, benci-membenci, hasad dengki, 
rebut-merebutkan akhirnya buahnya adalah perbalahan dan pergaduhan kemuncaknya pembunuhan
Hiburan mengikut nafsu itulah yang telah memusnahkan kehidupan di dunia
Berbagai-bagai gejala masyarakat berlaku kerananya
Hilang keamanan, hilang ketenangan yang ada kebimbangan dan ketakutan
Negara susah rakyat parah, tergugat keselamatan
Termasuk juga hiburan nafsu melihat atau mendengar lawak jenaka yang keterlaluan
Melihat atau mendengar ahli-ahli lawak bercakap tidak keruan
gelak ketawa terbaha-bahak yang memalukan
Bercakap terlolong-lolong adakalanya perkataan mencarut tanpa segan silunya diucapkan
Pelawak-pelawak jiwanya akan mati dan mematikan jiwa para pendengarnya atau ‘client’nya
Jiwa yang mati lupa Tuhan, jiwa yang mati lupakan mati,
jiwa yang mati lupa Hari Pembalasan
Jiwa yang mati ia selalu lalai dengan Tuhannya
Lalai adalah dibenci Tuhan
Hiburan yang hakiki adalah hiburan jiwa atau hati
Hiburan hati sebenarnya banyak sudut dan banyak bidangnya kalau diperhati
Membaca Al Quran atau mendengar bacaannya yang dihayati menembusi lubuk hati adalah salah satu caranya
Mengingati Tuhan hingga terasa kasih sayang-Nya, terasa kebesaran-Nya, terasa kuasa-Nya
Itu semuanya boleh membawa ketenangan jiwa
Ketenangan jiwa adalah hiburan
Takutkan Tuhan sebenarnya ada perkara yang tersirat iaitu hiburan
Takutkan Tuhan menjadikan tidak takut dengan kesusahan kehidupan
Tidak takut dengan kesusahan dan cabaran kehidupan di situ ada hiburan
Tidak takut selain Tuhan itu adalah hiburan kalau difikirkan
Ketakutan selain Tuhan itu adalah membunuh hiburan di dalam jiwa manusia
Kerana itulah Tuhan berkata yang bermaksud “Ketahuilah ingatkan Tuhan itu menenangkan jiwa”
Jiwa tenang itu adalah hiburan yang tidak perasan
Termasuk juga hiburan jiwa mendengar nasyid-nasyid yang merdu dan syahdu
Senikatanya pula yang menusuk jiwa
Seperti memuji-muji Tuhan, keampunan Tuhan, nikmat dan rahmat Tuhan kepada insan
Termasuk memperdengarkan kasih sayang Tuhan, penjaga dan penyelamat insan
Kasihkan Tuhan juga hiburan kalau dihayati oleh jiwa
Kasihkan Tuhan adalah rahsia kasih sesama manusia atau insan
Kasih sesama manusia adalah saluran hiburan bagi jiwa
Kasihkan manusia terhibur membantunya, terhibur menziarahinya, terhibur menolongnya
Seterusnya terhibur memaafkannya, terhibur memberi maaf kepadanya
Rupanya jiwa terhibur boleh menghiburkan jiwa manusia
Ketenangan jiwa itulah hiburan yang tersembunyi di dalam jiwa
Orang berhibur bukankah hendak menenangkan dan menyenangkan jiwa?
Takutkan Tuhan menghilangkan takut selain-Nya
Tidak takut lagi dengan kesusahan-kesusahan dunia
Tidak takut dengan kesusahan dunia itu adalah hiburan yang tersembunyi pada manusia
Rasa susah dengan kesusahan dunia jiwa tidak tenang hilanglah hiburan
Takutkan Tuhan sahaja menghilangkan takut dengan kesusahan dunia
Bukankah itu hiburan?
Sebagai menutup intipati hiburan manusia ada tiga bahagian
Hiburan akal, hiburan nafsu, hiburan jiwa
Ketahanan manusia adalah hiburan jiwanya
Ketahanan jiwa itulah jati diri manusia
Hiburan akal dan nafsu merapuhkan kekuatan jiwa
Jiwa yang rapuh tidak tahan berhadapan dengan ujian dunia
Carilah hiburan, untuk kepuasan dan kekuatan jiwa
Kepuasan dan kekuatan jiwa itulah ketahanan diri manusia
Orang yang selalu menghiburkan nafsunya ketahanan jiwa tidak ada
Tidak boleh teruji dengan kesusahan,dengan cabaran dan dengan kegagalan
Apatah lagi ujian-ujian itu besar dan berat ditanggung oleh jiwa
Jiwa pun gelisah, resah, derita, terseksa, kecewa dan putus asa
Kerana itulah penghibur-penghibur nafsu selalu sakit jiwa
Penghibur-penghibur nafsu banyak yang hidup kecewa
Penghibur-penghibur nafsu ramai yang putus asa
Mereka-mereka itu ada yang membunuh diri padahal mereka terkenal dan popular
Penghibur-penghibur nafsu ramai yang rumahtangganya porak-peranda
Mereka bercerai-berai perkara biasa sudah jadi budaya
Masih umur muda sudah jadi janda
Ini bukan hendak mengata ia adalah realiti kehidupan sebahagian mereka
Berhiburlah ia bukanlah salah
Tapi berhiburlah dengan jiwa
Berhibur dengan jiwa mendapat untung dua perkara hiburan dan pahala



Ditulis Semula oleh Sharmila Azwa

Bila Dunia Asyik Dibelai ( Pantun )


Kanak2 bermain guli,
Batu seremban di tapak tangan,
Siang malam asyik menari,
Hingga pahala hilang di tangan kanan...

Kanak2 bermain guli,
Batu seremban di tapak tangan,
Suruh mengaji dia menyanyi,
Alahai, anak pak imam pun dah buangkan serban...

Kanak2 bermain guli,
Batu seremban ditapak tangan,
Ibu mithali langsung x dihormati,
Hidup merana dihari kemudian...

Kanak2 Bermain guli,
Hingga hilang batu seremban,
Hidup bermegah hendak disanjungi,
Entah bagaimana hendak menghadap tuhan...

Kanak2 bermain guli,
x mau lagi main batu seremban,
Hidup kita x tentu lagi,
Entahkan esok sudah dijemput tuhan...

Org muda menghafaz quran,
Membaca hadith tidak berhenti,
JGNLAH HIDUP TIADA PEDOMAN,
AKHIRAT NANTI KITA YG RUGI*



Ditulis Semula oleh Naimah

Mati Itu Pasti ( Sajak )

Mati Itu Pasti


Mati itu pasti,


kembali padaNya suatu yang hakiki,


cara, bila dan bagaimana kita mati,


mungkin berbeza, bukan pilihan sendiri,


marilah kita teliti,


dengan mata hati,


panjangkan doa buat yang telah pergi,


usah ratapi dan kesali,


lepaskan 'dia' dengan redha dan rela hati,


jangan dilupai,


pupuklah cinta dalam hati,


hargailah dan sayangi,


mreka yang masih di sisi,


sementara waktu yang berbaki ini,


masih kita miliki


Ditulis Semula oleh Naimah

Maaf ~_~

Sayang…………………

Maaf jika untai kataku buraikan mimpi kita

Aku ingin jujur tentangnya

Seorang yang datang saat kau ada

Saat ku bermuka dua dan berbagi cinta

Aku tersadar


Sayang……………………

Ini bukan salahku dan salahmu

Kuhanya melanjut hidup yang tergaris didahiku

Hidup yang mengantarku padamu dan dia


Ia sungguh sederhana

Ia beri angin sayapku tuk mengepak tanpa minta dahan tuk balasan

Ia beri telinga saat kuingin berbagi tentang segala yang kulalui hari ini

Ia beri aku bicara yang bisa tenangkan badai samudra

Ia beri aku perlindungan hanya dengan sejumput senyuman

Semua ada saat kau berkubang dalam harimu yang perlahan membenam hadirku


Ya, aku tlah berkhianat padamu

Kubagi cinta yang dulu sepenuhnya mulikmu

Kini kuingin jujur padamu

Dia telah ambil tempat dihatiku dan mensemayamkan dirimu


Maaf……………….



Ditulis Semula oleh Naimah

Sahabatku ~_~

Sahabatku,
Kau sahabat dihatiku
Kau sahabat dijiwaku
Kau sahabat dimindaku…
Kau sahabat di dunia ini…
Sungguh ku bertuah punyai sahabat sepertimu

Sahabatku,
Datangmu tanpa pintaku
Datangmu memberi sinar buatku…
Datangmu mengubati luka hati ku..
Datangmu menjadi peneman kala sepi ku…
Sungguh kau sahabat sejati dihatiku…

Sahabatku,
Terima kasih hadir dalam hidupku….
Terima kasih kerana membuat ku tersenyum
Terima kasih kerana menjadi pendengar setiaku..
Terima kasih kerana sudi menjadi peneman kala sepi ku…
Terima kasih atas nasihat2 itu….
Sungguh ku terharu kau sahabat dihatiku…

Sahabatku,
Doaku moga persahabatan ini kekal 
Doaku moga persahabatan kita belandasankan kejujuran
Doaku moga setiap impian kita tercapai 
Doaku moga kita akan bertemu lagi…
Daoku moga engkau selalu dilindungi…
Sungguh aku sayang kamu ….Sahabatku.



Ditulis Semula oleh Sarah Annessa bt Sazali

Dialog Arwah-arwah


Dialog apa bila Arwah -arwah bertemu....
Sekadar renungan dan fikirkan.... 
Bukan sekadar senda gurau atau hiburan...


Allahyarham P.Ramlee jumpa arwah Tun Razak.
Beliau bertanya macam mana negara kita.
Arwah Tun Razak jawab, Malaysia tengah nazak.
P.Ramlee termenung dan geleng kepala.

Arwah Tun Razak jumpa mendiang Lim Goh Tong.
Di bertanya macam mana Genting Highland.
Lim jawab: “ada la sikit-sikit untung.”
Tun Razak tersenyum dan mereka ber’shake hand-shake hand.’

Mendiang Lim kemudian jumpa Almarhum Tunku Abd Rahman.
Tunku bertanya, sapa PM Malaysia sekarang.
Lim beritahu: “itu orang ha, tak-tak siuman.
Dia kasi susah sama semua olang.”

Tunku tanya lagi, sapa tu? Mahathir ka?
Lim menangis sekuat-kuat hati
Tunku kehairanan dan ulang bertanya: Mahathir ka?
Lim kata: gua tak sure, Abdullah Badawi atau menantu dia bernama Khairi.
Gua kelilu, gua malu mau kasi tau sama lu.
Sikit hali lagi ha, lu boleh tanya Lee Kuan Yew.
“Lee sudah mati ka!” kata Tunku.
Lim kata, kita tunggu, dia mesti mali ma….
Dia macam-macam tahu.

Dengar Lim menangis, P.Ramlee dan Tun Razak pun datang.
Turut sama, mendiang Altantuya Sharibu.
Tunku tanya Tun Razak, Altantuya tu anak ke menantu?
Tun Razak kata: “entah, aku pun tak tahu.”
Tubuh dia meletup aje, roh dia terus terpelanting kat aku”
Tengah-tengah sembang, malaikat lalu.
Lim Goh Tong tanya: “sapa tu?”
Tun Razak jawab: “Name Tag dia tulis Jibril tu.”
Tunku kata: “Tapi nama kat topi dia, Ali.
Jenama jam dia Jamaludin dan kat kepala tali pinggang tulis Abu Bakar”

P.Ramlee menyampuk: Jibril Ali Jamaluddin Abu Bakar la tu… atau ringkasnya
JIBLIJAMBUKA

Mereka semua faham di alam berzah macam-macam boleh berlaku.



Ditulis Semula oleh Sarah Annessa bt Sazali

Pantun Malas Sembahyang

Apasal la aku malas sembahyang, 
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang 
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang 
Berdiri tanpa roh malam siang... 

Apasal la aku malas sembahyang 
Kerja dah best keluarga pun dah senang 
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang 
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.

Apasal la aku malas sembahyang 
Tuhan kasi otak supaya aku tak bijaksana sungguh, 
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang 
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang... 

Apasal la aku malas sembahyang 
Main bola aku sanggup sampai petang 
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang 
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang 
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang 
Pagi kita sihat petang boleh kejang 
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang.... 

Apasal la aku malas sembahyang 
Siksa neraka cuba la aku bayang 
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang 
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang! 

~ Jadi, marilah kita Sembahyang... 



Ditulis Semula  oleh Sarah Annessa bt Sazali

Puisi Dari Hati seorang Guru

Telah tiba saat waktu di takdirkan kita bersama.

kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan.

gembira rasa hati ini bila melihatkan

wajah-wajahmu yang menceriakan.

tulus ikhlasmu,luhur akhlakmu bagai tiada peganti.

senyum tawamu juga usahamu menghiburkan kami.

kenangan indah setiap hari terus bersemadi.

kaulah muridku,kau permata hati.

Ya allah jadikanlah mereka insan mulia,

insan yg taat perintah agama.

wahai muridku..bangkitlah dalam perjuangan ini..

walaupun nanti ku tiada di sisi..

perjuangan ini masih jauh beribu batu..

selagi ruh masih dijasad,ilmu harus dicari,

sedih rasa hati ini bila mengenangkan.

andai kau masih lalai dan leka..

Ya Allah,hadir kami bukan tuk dihargai.

bukanlah pula untuk disanjungi malah bukan untuk disakiti..

sekadar mengisi ruang di hati..

moga bahagia dan berjaya dikau akhirnya..

setangkai doa juga harapan terus ku kirimkan...

moga akhirnya dikau bersama para solihin..

kaulah muridku..kau permata hati.



Ditulis Semula oleh Sarah Annessa

Susah Mencari Sahabat

Di akhir zaman, di zaman moden, di zaman sains teknologi

Susah mencari sahabat

Sejak dari zaman persekolahan

Disambung di zaman dewasa

Berterusanlah ke zaman tua, sahabat sentiasa bertukar ganti

Bersahabat  payah hendak kekal sampai ke mati

Ia sentiasa silih berganti

Ada yang datang ada yang pergi

Yang pergi tidak datang lagi

Yang datang bilakah hendak lari?!

Susah mendapat sahabat yang kekal sampai mati

Bersahabat tidak menentu

Ada yang setakat zaman persekolahan

Habis persekolahan habislah persahabatan

Ada yang setakat sebelum berkeluarga

Setelah beristeri, sahabat lari tidak tahu mana pergi

Kalaupun tahu dia tidak sudi bersahabat lagi

Ada yang setakat sebelum bekerja

Setelah bekerja dia pun lari

Kalaupun bertemu tidak semesra dulu

Jika hendak dirapati semula dia lari-lari

Ziarah-menziarahi jauh sekali

Adakalanya putus persahabatan kerana berlainan ideologi

Kita Parti A, dia Parti B

Rindu-merindui sudah mati berkubur sama sekali

Adakalanya putus persahabatan, kedudukan tidak selari

Satu orang besar, satu orang kecil

Yang seorang rasa terhina untuk bertemu

Yang seorang lagi rasa malu untuk didekati

Haluan masing-masing engkau engkau, aku aku

Satu ke hilir, satu ke hulu

Yang satu menjaga status

Yang satu lagi rasa tidak kufu

Satu helang, satu pipit

Begitulah berlaku di seluruh negara, bahkan dunia

Persahabatan tidak mahu kekal sampai ke mati

Di dalam suasana beginilah kita membangun

Di dalam keadaan tautan hati telah mati, kita sedang maju

Apakah kemajuan dan pembangunan

boleh menyelamatkan kita dalam keadaan begini!?



Ditulis Semula oleh Sarah Annessa bt Sazali

Sajak untuk Ibu


Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Kini mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.



Ditulis semula oleh Sarah Annessa bt Sazali

Sajak Guru "O" Guru


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Ditulis semula oleh Sarah Annessa bt Sazali
Puisi Buat Ayah
Ayah
tiada kata indah untukmu
melainkan lafas aku sayang padamu
tapi aku takut
takut melihat pandangan matamu
takut melihat wajah seriusmu
namun
aku dapat melihat akan kesedihanmu
sedih melihat kerenah anak-anakmu
Sedih melihat perjalanan hidupmu.
Ayah
kau sentiasa di hatiku
pesananmu sentiasa di mindaku
nasihatmu sentiasa di jiwaku
amanahmu sentiasa di hati putihku.
Ayah
kaulah idolaku
kaulah yang satu
dan tak mungkin bertukar ganti.
Oleh : Puteri Mahsuri (Nurzafirah Nadirah bt. Abbas)
ditulis semula oleh :Izzah syafinaz Bt mohd ashri..
DIRGAHAYU BUAT AYAH

Ayah Mahkota kasihmu
kutatap dan kudakap
Puing-puing rindu menyepuh istana hati
alangkah sepinya Pulau Pandan
betapa jauhnya Laut Oman
hari ini kukalung doa
berbahagialah ayah.
Ayah
Jasamu terpahat di mana-mana
nasihatmu tersimpan kukuh di hati
Semangatmu mengental di sanubari
dengan keringat dan air matamu
akar budaya diri ini kukuh
seperti tertegaknya keraton jawa.
Ayah
Istana bahagia ini ayah bina
bersama warna warni kehidupan
bersama rentetan kesengsaraan
semangat dan pengorbanan ini
menjadi nafas kedaulatan keluarga
dan hari ini
teratai berkembang mekar
disinari mentari pagi
dirgahayu buatmu, ayah.
ditulis oleh:Abdullatif
ditulis semula oleh :izzah syafinaz

Tuesday 8 May 2012

Punca-punca dan Cara-cara mengatasi masalah disiplin pelajar

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?
            Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.
            Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.
            Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.
            Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.
            Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.
            Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.
            Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Ditulis semula oleh Anis Aishah Bt Budin

Amalan Gaya hidup Sihat

...Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
.
..........
Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.
.
..........
Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
.
..........
Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
.
..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.
.
..........
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.
...........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.
...........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

Ditulis semula oleh Anis Aishah Bt Budin

Karangan Bahasa Melayu - GURU KESAYANGAN SAYA

Nama saya Aini Amira Binti Anuar. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa. Saya belajar di kelas 3 Dinamik.

Terdapat sepuluh orang guru mengajar di kelas saya. Guru kesayangan saya ialah Puan Nawal. Beliau berasal dari Taiping, Perak. Puan Nawal sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

Puan Nawal mengajar saya Bahasa Melayu dan Sains. Beliau sangat pandai mengajar. Saya mudah faham apa yang di ajar oleh beliau. Beliau mengajar dengan penuh dedikasi Saya suka cara beliau mengajar.

Puan Nawal seorang guru yang baik. Beliau juga sangat rajin bekerja dan tidak jemu mengajar kami.
Beliau agak tegas tentang disiplin pelajar-pelajarnya tetapi masih boleh bertolak ansur terhadap pelaja-pelajarnya yang bermasalah. 

Kami semua sukakan Puan Nawal. Saya sukakan beliau sebab beliau juga seorang yang lemah lembut dan bersifat keibuan. Belaiu juga suka memberi nasihat kepada saya dan rakan-rakan di dalam kelas.

Saya berasa amat bertuah mendapat seorang guru seperti Puan Nawal. Saya juga bercita-cita mahu menjadi seperti beliau apabila dewasa nanti. Saya akan membalas jasa-jasa beliau dengan belajar rajin-rajin dan menghormati beliau walaupun beliau sudah tidak mengajar saya lagi.

Ditulis Semula Oleh Anis Aishah Bt Budin

Menggigil Lutut Jin dan Manusia Melihat Neraka Jahanam

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan jin dan manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka. Dan mereka (jin dan manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: "Ya Tuhan kami selamatkanlah."

Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api. Di setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 kolah bisa.

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras." Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Mujahid berkata: "Sesungguhnya apimu ini berlindung kepada Allah SWT dari neraka jahannam." Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka iaitu seorang yang berkasutkan dari api neraka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah ditelinganya ada api, dan giginya berapi dan dibibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat siksanya dari semua ahli neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua ahli neraka."

Wallahu'alam.


Ditulis Semula Oleh Auni Filzatun Nafsi Bt Affandi

Semangat Kejiranan

Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.

.............Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

.............Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.

.............Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.

.............Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

.............Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.

............Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?



Ditulis semula oleh Auni Filzatun Nafsi Binti Affandi

Amalan berjimat cermat dan menabung

.Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

............Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.

............Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.

............Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

...........Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasaberjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.
............Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.



Ditulis semula oleh Auni Filzatun Nafsi Bt Affandi

Sunday 6 May 2012

contoh karangan peribahasa-SUDAH TERHANTUK BARU TENGADAH

        Chee Fong seorang murid yang nakal. Dia sering melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir terlebih dahulu. Dia juga lalai ketika membuat sesuatu menyebabkan dia sering dimarahi oleh ibunya.
        Chee Fong juga sering dinasihati oleh ibu bapanya supaya mengubah sikap buruknya. Malangnya segala nasihat itu hanyalah sia-sia sahaja seperti mencurah air ke daun keladi. Namun begitu, ibu bapa Chee Fong tidak pernah jemu untuk menasihatinya.
        Pada suatu hari, Chee Fong bermain air longkang di belakang rumahnya. Air longkang itu mengalir deras kerana baru sahaja hujan lebat. Chee Fong cuba memasukkan tangannya ke dalam longkang yang dalam itu.
        Malang tidak berbau. Chee Fong tergelincir lalu terjatuh ke dalam longkang. Akibatnya, Chee Fong hampir-hampir dihanyutkan arus longkang yang deras itu.
       Chee Fong sempat berpaut pada tebing longkang itu. Dia berjaya naik ke tebing dengan bersusah payah. Chee Fong berasa menyesal, bak kata pepatah "Sudah Terhantuk Baru Tengadah".

                                                                            DITULIS KEMBALI OLEH: NUR ARISSA AZILA

contoh karangan peribahasa-SUDAH TERHANTUK BARU TENGADAH

        Chee Fong seorang murid yang nakal. Dia sering melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir terlebih dahulu. Dia juga lalai ketika membuat sesuatu menyebabkan dia sering dimarahi oleh ibunya.
        Chee Fong juga sering dinasihati oleh ibu bapanya supaya mengubah sikap buruknya. Malangnya segala nasihat itu hanyalah sia-sia sahaja seperti mencurah air ke daun keladi. Namun begitu, ibu bapa Chee Fong tidak pernah jemu untuk menasihatinya.
        Pada suatu hari, Chee Fong bermain air longkang di belakang rumahnya. Air longkang itu mengalir deras kerana baru sahaja hujan lebat. Chee Fong cuba memasukkan tangannya ke dalam longkang yang dalam itu.
        Malang tidak berbau. Chee Fong tergelincir lalu terjatuh ke dalam longkang. Akibatnya, Chee Fong hampir-hampir dihanyutkan arus longkang yang deras itu.
       Chee Fong sempat berpaut pada tebing longkang itu. Dia berjaya naik ke tebing dengan bersusah payah. Chee Fong berasa menyesal, bak kata pepatah "Sudah Terhantuk Baru Tenggadah".