Tuesday 12 June 2012

Keburukan Makanan Segera

Keburukan Makanan Segera

Makanan segera sudah tidak asing lagi kepada masyarakat tempatan khususnya golongan remaja dan kanak-kanak. Saban hari media massa mengiklankan pelbagai jenis makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, hot dog, mi segera dan pizza. Makanan-makanan ini sangat mudah didapati, enak rasanya dan berpatutan harganya. Oleh itu, makanan segera amat popular dan berjaya mengubah selera masyarakat kita. Ini juga dikaitkan dengan pemodenan yang merangkumi keseluruhan cara hidup termasuk pemakanan dan cita rasa, serta dikatakan menepati era moden yang mementingkan masa

Namun dari segi kesihatan, makanan segera sebenarnya banyak mendatangkan kesan negatif yang harus diberi perhatian oleh masyarakat umum. Kesibukan dalam tugas seharian dalam kehidupan telah mendorong masyarakat pada hari ini untuk mencari jalan pintas dengan mengambil makanan segera sebagai alternatif daripada makanan berat. Jika pada masa dahulu, mi segera menjadi pilihan utama makanan segera, kini terdapat ribuan jenama makanan segera dikeluarkan atas keperluan pasaran. Selain kurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang, makanan segera
banyak membawa mudarat kerana kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk perisa `monosodium glutimate’ yang membahayakan kesihatan. Bahan kimia ini menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit darah tinggi dan buah pinggang.

Anis Suraya Kartika Binti Azizan

No comments:

Post a Comment