Saturday 5 May 2012

contoh jawapan-karangan bertajuk 'PEPERIKSAAN'

        Peperiksaan dapat didefinasikan sebagai ujian untuk menentukan tahap pencapaian seseorang pelajar. Tahap kecemerlangan seseorang pelajar itu dapat diukur melalui keputusannya dalam peperiksaan. jika keputusannya cemerlang maka pelajar itu akan dikategorikan sebagai pelajar cemerlang atau bijak. Begitu jugalah sebaliknya.
        Peperiksaan dibuat bagi menguji pelajar dengan mengemukakan soalan-soalan yang sesuai dengan tahap pembelajaran mereka. Bagi pelajar yang dapat menguasai dan memahami pelajaran dengan baik maka pencapainnya dalam peperiksaan biasanya akan cemerlang.
        Seseoarang pelajar harus menyediakan dirinya sepenuhnya sebelum menghadapi peperiksaan. Antara persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar itu ialah mengulangkaji pelajaran, menghadiri kelas tambahan, membuat soalan-soalan latihan, dan sebagainya. Pelajar juga perlu memberikan sepenuh perhatian kepada pengajaran di sekolah. Tumpukan perhatian pada apa yang diajar oleh guru dalam kelas. selain itu, para pelajar juga harus menjaga kesihatan dirinya aqar dia dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan tidak terganggu disebabkan masalah kesihatan. Pelajar juga perlu menetapkan matlamatnya dan berusaha untuk mencapainya.
        Terdapat pelbagai teknik untuk menghadapi peperiksaan yang disyorkan oleh pakar-pakar kemahiran belajar contohnya Dr Shukri Abdullah. Pelajar boleh mengikut teknik-teknik tersebut atau mengikut teknik yang diaajar oleh guru atau ibu bapa masing-masing. Terpulanglah kepada para pelajar untuk memilih teknik-teknik belajar yang sesuai. Apa yang penting, pelajar dapat mengikut teknik-teknik belajar itu dengan baik dan akhirnya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.
        Sesungguhnya, peperiksaan amat penting bagi setiap pelajar. Hal ini kerana peperiksaan dapat menentukan tahap pencapaian seseorang pelajar itu. Jika para pelajar itu cemerlang dalam peperiksaan, maka cemerlanglah masa depannya. Begitu jugalah sebaliknya. Oleh itu, para pelajar harus belajar dengan lebih tekun lagi ubtuk cemerlang dalam peperiksaan.

                                                                     DITULIS KEMBALI OLEH: NUR ARISSA AZILA

No comments:

Post a Comment