Saturday 5 May 2012

karangan jenis autobiografi-SAYA SEPOHON POKOK RAMBUTAN

         Saya sepohon pokok rambutan yang rendang. Saya berasal daripada biji benih yang baik. Tuan saya menanam saya di dusunnya yang luas.
         Setiap enam bulan, tuan akan membubuh baja di sekeliling badan saya supaya saya dapat hidup subur. Tuan saya juga memagar saya supaya tidak ada haiwan yang merosakkan saya. Tuan saya sentiasa menjaga saya dengan baik dan teratur.
         Selepas beberapa tahun, saya pun mula mengeluarkan bunga. Bunga-bunga mekar dan menjadi buah rambutan. Kini, buah yang lebat menyebabkan ranting saya melurut ke tanah.
         Apabila sudah masak, kulit buah saya akan menjadi merah. Tuan saya akan mengait buah-buah sya untuk dijual. Dia menjual buah-buah saya di pasar malam  yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
         Tuan saya sentiasa mendapat keuntungan yang banyak. Saya berasa gembira kerana dapat berbakti kepada tuan saya. Saya berharap agar tuan saya akan terus mendapat hasil yang banyak daripada saya.

                                               DITULIS KEMBALI OLEH: NUR ARISSA AZILA

No comments:

Post a Comment