Sunday 6 May 2012

contoh karangan peribahasa-SUDAH TERHANTUK BARU TENGADAH

        Chee Fong seorang murid yang nakal. Dia sering melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir terlebih dahulu. Dia juga lalai ketika membuat sesuatu menyebabkan dia sering dimarahi oleh ibunya.
        Chee Fong juga sering dinasihati oleh ibu bapanya supaya mengubah sikap buruknya. Malangnya segala nasihat itu hanyalah sia-sia sahaja seperti mencurah air ke daun keladi. Namun begitu, ibu bapa Chee Fong tidak pernah jemu untuk menasihatinya.
        Pada suatu hari, Chee Fong bermain air longkang di belakang rumahnya. Air longkang itu mengalir deras kerana baru sahaja hujan lebat. Chee Fong cuba memasukkan tangannya ke dalam longkang yang dalam itu.
        Malang tidak berbau. Chee Fong tergelincir lalu terjatuh ke dalam longkang. Akibatnya, Chee Fong hampir-hampir dihanyutkan arus longkang yang deras itu.
       Chee Fong sempat berpaut pada tebing longkang itu. Dia berjaya naik ke tebing dengan bersusah payah. Chee Fong berasa menyesal, bak kata pepatah "Sudah Terhantuk Baru Tenggadah".

No comments:

Post a Comment