Berjimat-cermat
mendatangkan banyak faedah kepada kita. kita boleh berjimat-cermat
apabila menggunakan wang, air, masa, bekalan elektrik dan lain-lain
lagi.
kita
mestilah berjimat-cermat ketika membelanjakan wang. Kita boleh
mengumpulkan wang dalam tabung. Bak kata "sedikit-sedikit lama-lama
menjadi bukit." Setelah wang tabung penuh, ia boleh disimpan di dalam
bank untuk kegunaan di masa depan.
kita
juga perlu menjimatkan penggunaan air. Air sangat penting untuk kita
menjalankan aktiviti harian seperti mandi, masak, dan lain-lain lagi.
Jika tiada air, kehidupan kita akan menjadi susah.
Selain
itu, kita perlu menjimatkan masa. Masa amat penting kerana masa yang
telah berlalu tidak dapat dikejar balik dan beli. Oleh itu, kita
haruslah menghargai masa.
Kita
juga mestilah menjimatkan bekalan elektrik. Kewujudan elektrik telah
memudahkan kerja seharian kita dan membolehkan hidup kita bertambah
selesa. Jika kita tidak menjimatkan penggunaan bekalan elektrik, maka
bayaran bil elektrik kita akan meningkat. Lantaran itu, akan menambahkan
lagi beban ibu bapa kita.
Oleh yang demikian, kita haruslah mengamalkan sikap berjimat-cermat dan jauhilah sikap yang terlalu boros.
OLEH KAMAIYO
DITULIS SEMULA OLEH AUNI FILZATUN NAFSI
No comments:
Post a Comment