Saturday 21 April 2012

Taju'l Muluk

        Pada suatu hari, mata Raja Syarqastan menjadi buta. Pada pendapat ahli nujum, hanya bunga bakawali yang dapat mengubati penyakit baginda. Empat orang putera banginda merantau untuk mencari bunga bakawali kecuali Taju'l Muluk. Taju'l Muluk hanya keluar dari istana untuk mencari bunga bakawali apabila abang-abangnya tidak kembali. Dia berjumpa dengan seorang amir dan mengabdikan dirinya kepada amir itu. Taju'l Muluk bertemu pula dengan perempuan tua yang menjadi penghuni sebuah mahligai. Taju'l Muluk berjaya mendapat hati perempuan hati tua itu  sehingga dia dijadikan cucu angkat dan diberi harta yang banyak. Melalui perempuan tua itu, Taju'l Muluk mendapat tahu bahawa empat orang kekandanya telah ditipu oleh Puteri Jenuh Hati menipu dengan cara mengarahkan kucing menggoyangkan pelita sehingga padam dan tikus pula mengacau buah catur. Tindakan ini dilakukan sekiranya beliau hampir tewas dalam pertandingan catur. Muslihat Puteri Jenuh Hati diketahui oleh Taju'l Muluk dan puteri ini tewas dalam permainan catur.

        Taju'l Muluk meneruskan hasratnya untuk mencari bunga bakawali. Akhirnya, Taju'l Muluk bertemu dengan raksasa. Kepandaian Taju'l Muluk memasak makanan telah memikat hati raksasa. Raksasa telah memperkenalkan Taju'l Muluk kepada Dewi Hamalah. Dewi Hamalah ialah ketua raksasa yang memerintah dua belas ribu raksasa dan menjaga Taman Bakawali. Kehadiran Taju'l Muluk menggembirakan Dewi Hamalah. Akhrinya, Taju'l Muluk  dikahwinkan oleh raksasa Dewi Hamalah dengan anak angkatnya yang bernama Puteri Mahmudah. 

Ditulis semula oleh Anis Suraya Kartika Binti Azizan

No comments:

Post a Comment