Friday 20 April 2012

Arah Ke mana

        Suasana di tanah perkuburan,iatu di pusara Rohani telah mengingatkan kembali akan peristiwa perselisihan yang berlaku dalam keluarga Haji Pakir. Haji Pakir berasa sedih kerana anak kesayangnya tidak dapat bersama- samanya mearikan Hari Raya Aidilfitri. Hajah Derisah memujuk suaminya dan cuba menenangkannya. Perasaan bersalah senantiasa bermain di fikiran Haji Pakir akibat daripada kegagalannya memberikan asuhan yang terbaik kepada anak tunggalnya itu.

        Haji Pakir menegur sikap isterinya yang terlalu memanjakan anak. Mereka saling menyalahkan antara satu sama lain. Haji Pakir menyalahkan isterinya yang selalu memberi muka kepada Rohani. Sebagai akibatnya, Rohani walaupun seorang gadis yang berpelajaran tetapi hanyut dalam gejala keruntuhan moral. Haji Pakir mengakui kesilapannya dalam mendidikan anak. Haji Pakir memarahi anak gadisnya, iaitu Rohani kerana tingkah lakunya yang kurang beradab serta menjadi bahan percakapan orang kampungnya. Rohani selalu keluar rumah dan bercampur dengan budak-budak liar. Rohani melawan cakap-cakap ayahnya. Rohani menuduh ayahnya berfikiran kolot dan suka mengongkong kebebasannya. Oleh sebab tidak dapat mengawal kemarahannya, Haji Pakir bertindak menghalau Rohani keluar dari rumahnya. 

        Rohani meningga; dunia sebagai akibat dadah.Haji Pakir amat menyesal kerana gagal memberikan pendidikan yang sempurna terhadap Rohani yang akhirnya hanyut  dalan perbuatan yang tidak bermoral.Hajah Derisah meminta Haji Pakir bersabar dan menganggap semua yang berlaku sebagai dugaan Tuhan. 


Ditulis semula oleh Anis Suraya Kartika Binti Azizan

No comments:

Post a Comment