Saturday 21 April 2012

Surat Untuk Ina

        Badar dan Jais mengusik-ngusik Zali agar Zali dapat berkenalan lebih rapat dengan Zalina,seorang pengawas sekolah. Zali berasa kurang pasti sama ada Zalina sudi berkawan dengannya ataupun tidak. Akhirnya, Badar dan Jais mencadangkan  agar Zali menulis surat kepada Zalina. Namun, Zali khuatir sekiranya Zalina akan melaporkannya kepada guru disiplin. 

        Badar dan Jais mencadangkan agar Zali tidak menulis nama pengirim dan hanya menyatakan hasrat untuk berkenalan sahaja. Zali bersetuju dengan cadangan berkenaanSurat tanpa nama itu ditulis dan diletakkan di dalam meja Zalina.

        Zalina melaporkan surat yang diterimya tanpa nama pengirim itu kepada Cikgu Halil. Badar dan Jalil cuba meyakinkan Zali bahawa Cikgu Halil tidak akan dapat mengenal pasti penulis surat tersebut. Cikgu Halil meminta penulis surat tersebut mengaku. Malangnya tiada siapa yang mengaku menjadi penulisnya.

        Tindakan Cikgu Halil seterusnya adalah memeriksa tulisan pada buku latihan dan karanga. Cikgu Halil  telah meminta Zali menulis nama dan alamatnya pada papan hitam. Setelah diamati,tulisan pada surat itu mirip tulisan Zali. Akhirnya, Zali mengakui bahawa dialah yang menulis surat tersebut.

        Cikgu Halil menyerahkan soal menjatuhkan hukuman terhadap Zali mengikut budi bicara Zalina. Zalina memaafkan perbuatan Zali. Zalina meminta Zali tidak mengulangi perbuatannya. Badar,Jais, dan Fatimah tumpang gembira atas sikap pemaaf Zalina.

Ditulis semula oleh Anis Suraya Kartika Binti Azizan

No comments:

Post a Comment