Tuesday 27 March 2012

Dunia ini sudah bisu
dihentak setiap kasih dan
rindu
di celah perca podium yang
kian retak
masih terpijak serpih lantainya
yang rosak.
Dunia ini sudah kevakuman
suara
bunga korupsi makin meliar
mencakari pepohon iktibar.
Dunia ini terus tempang
langkah keamanan ternyata
sumbang
sedang api perang tidak
kunjung padam.
Dunia ini sudah buta
kerana terlupa sejarah lama
kota
terdusta pada bangsa nista.
Dunia ini makin pekak
air demokrasi memekat
tatkala jelaga konspirasi mulai
marak.
Segalanya cacat
dihurung lalat kebencian
sudah mendekat, terkoyak
takwim
menuju kiamat.
SHAFIQ AZLI MOHD SALLEH
ditulis semula oleh izzah syafinaz bt mohd ashri
ditulis semula oleh

No comments:

Post a Comment