Tuesday 27 March 2012

Langkah-Langkah Untuk Memajukan Negara

     Pelbagai langkah diambil oleh kerajaan untuk memajukan negara. Setelah memerintah selama 45 tahun, kerajaan telah membuktikan bahawa  segala langkah yang diambil mencapai kejayaan seterusnya mampu meletakkan Malaysia di mata dunia. Salah satu langkah kerajaan itu ialah  menggalakkan sektor perindustrian berkembang pesat di negara ini. LAngkah itu seharusnya disokong sepenuhnya oleh semua lapisan masyarakat kerana ia mendatangkan kebaikan kepada negara khasnya dan rakyat umumnya.
     Perkembangan perindustrian di Malaysia akan meningkatkan taraf ekonomi negara saterusnya taraf hidup rakyat. Pembinaan kilang-kilang baru  dan kemunculan syarikat-syarikat baru akan memberikan lebih banyak peluang  pekerjaan seterusnya dapat mengatasi masalah pengangguran. Pembinaan kilang-kilang ini akan menggalakkan penyediaan kemudahan-kemudahan awam  oleh kerajaan dan penguasaha kilang terbabit.Pembinaan jalan raya , tandas awam, pondok telefon, taman rekreasi, dan sebagainya dapat memenuhi keperluan dan keselesaan hidup rakyat.
     Pertumbuhan sektor perindustrian turut menggalakkan  perkembangan sektor-sektor lain  seperti perkhidmatan,perlancongan, dan industri ringan. Keperluan perkhidmatan bas kilang dan bas awam untuk tujuan pergi dan balik kerja meningkatkan lagi sektor ini. Kunjungan pelancong asing turut miningkatkan akibat kekukuhan ekonomi negara dan peningkatan infrastruktur serta tempat-tempat menarik di Malaysia. Industri ringan juga menyumbang  kemajuan  industri pembangunan negara.

Ditulis oleh Anis Suraya Kartika

No comments:

Post a Comment