Tuesday 27 March 2012

VCD Cetak Rompak

     Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah  mengenal pasti lebih daripada 100 syarikat yang terbabit dalam pengeluaran kaset dan cekera padat (VCD) ceak rompak. Penjualan kaset dan VCD cetak rompak masa kini masih menguasai 40% daripada pasaran tempatan. Hal ini mendatangkan  kerugian kepada pihak yang terbabit dalam penerbitan VCD ini terutamanya golongan seni.
     Kempen-kempen perlu dilakukan bagi menggalakkan masyarakat membeli kaset dan VCD asli. Bagi menjayakan  kempen ini pihak pengeluar juga perlu  menurunkan harga kaset dan VCD asli tanpa mengalami sebarang kerugian  terhadap pengeluar. Dalam menurunkan harga VCD, pinhak pengeluar juga harus menjaga kualiti VCD supaya lebih bermutu daripada VCD haram.
     Peranan media massa turut diperlukan dalam menarik minat masyarakat  untuk membeli kaset dan VCD yang asli dengan cara menyatakan keburukan-keburukan kaset dan VCD cetak rompak seperti skrin yang kabur, kualiti rendah, mudah rosak, dan sebegainya.
    Kesimpulannya, pelbagai usaha boleh dijalankan bagi menangani  masalah cetak rompak kset dan VCD yang kian semakin berleluasa. Semangat yang jitu daripada semua pihak diperlukan bagi merealisasikan hasrat ini.

Ditulis oleh Anis Suraya Kartika

No comments:

Post a Comment