Tuesday 27 March 2012

Masalah Setinggan

     Masalah setinggan tidak pernah terlepas daripada perhatian pelbagai pihak terutamanya ajli-ahli politik dan sesetengah wakil rakyat. Perhatian serius yang diberikan oleh wakil-wakil  rakyat sememangnya amat wajar memandangkan masalah ini telah menjadi satu masalah sosial yang kian berat.
     Masala setinggan yang dihadapi di bandar besar seperti  Kuala Lumpur dan Johor Bahru sememangnya tidak dapat dielakkan. Hal ini menyebabkan masyarakat di bandar ini telah dihinggapi oleh penyakit sosial  kerana penghijrahan  penduduk yang berleluasa. Hal ini kerana sebarang persiapan untuk menghadapi masalah seperti ini tidak pernah dibuat oleh pihak berkuasa tempatan.
     Bagaimanapun masalah  di bandar-bandar besar di Malaysia tidaklah seberat yang dihadapi oleh bandar-bandar besar yang lain di Asia Tenggara. Peluang bagi mengatasi  masalah ini masih luas. Setinggan muncul  di sekitar Kuala Lumpur kerana penghijrahan mencari kehidupan baru yang lebih baik ekoran pembangunan  yang pesat di kawasan bandar.
     Beban yang paling berat dihadapi oleh  kerajaan ialah mengadakan peruntukan yang besar untuk membina rumah-rumah murah dan melengkapkannya  dengan kemudahan sosial seperti air, elektrik, dan telefon.
     Walaupun kita masih belum kekurangan tanah untuk menempatkan rakyat yang tidak berumah tetapi langkah-langkah  untuk mengatasi masalah  setinggan adalah perlu. Namun yang nyata masalah setinggan di negara ini tidaklah seburuk seperti yang disangkakan.

Ditulis oleh Anis Suraya Kartika

No comments:

Post a Comment