Tuesday 27 March 2012

Peningkatan Kadar Penghidap Penyakit AIDS

     Peningkatan kadar penghidap penyakit berbahaya seperti AIDS, Hepatitis B, taun, dan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut di negara ini amat membimbangkan. Pelbagai kaedah dan ubat dikenal pasti bagi mengatasi masalah serangan penyakit ini. Sebenarnya langkah mencenggah  adalah lebih baik daripada mengubati. Namun sikap sesetengah  pihak terutama golongan masyarakat sendiri yang mengabaikan tanggungjawab menjaga kesihatan mereka menyukarkan lagi pencegahan penyakit-penyakit ini.
      Mereka yang tidak mengalamalkan sikap pemakanan yang seimbang juga boleh mendatangkan penyakit seperti Hepatitis B. Penyakit ini  berpunca daripada pengambilan bahan-bahan berlemak  dan bergula yang terlalu tinggi dalam pemakanan seharian. Pengambilan makanan manis seperti kek,coklat, dan gula-gula boleh mengakibatkan penyakit kencing manis manakala penyakit darah tinggi pula disebabkan oleh pengambilan makanan bergaram. Penghidap penyakit-penyakit tersebut kebiasaannya akan mengalami masalah sakit jantung kerana ia bersangkut paut antara satu sama lain. Penyakit ini dikenali sebagai penyakit tiga serangkai. Individu yang kurang minum air mempunyai pertaus yang tinggi untuk menghidap penyakit ini.
     Peningkatan kadar penghidap penyakit berbahaya adalah disebabkan oleh sikap masyarakat yang terlalu mementingkan diri sendiri sehingga  mendatangkan penyakit dan menyusahkan orang ramai.

Ditulis oleh Anis Suraya Kartika

No comments:

Post a Comment