Monday 26 March 2012

PUISI PATRIOTIK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

SUMPAH ANAK MERDEKA
Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa
Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa
Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara
Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama
Serunai Faqir
Wangsa Maju

Wan Muhamad Shukri Wan Abd Rahman
DISEDIAKAN OLEH : AQILAH AZAHARI

No comments:

Post a Comment